Dalam tahun 2012, suhu teras bumi akan lonjak mendadak akibat bedilan neutrino dari satu ledakan suria yang kencang. Ini bakal menimbulkan bencana gempa sedunia, termasuk letusan kuat pada kawah yellowstone di Wyoming, lantas mencetus tsunami besar yang meranapkan seluruh benua. Kemusnahan serentak ini telah digambarkan dalam filem “2012” baru-baru ini, namun adakah ia benar? Adakah semua ini akan berlaku di penghujung kiraan tarikh 21 Disember 2012?
Jawapan Alkitab: Tidak! Ketika membahas soal kiamat serta kepulangan-Nya, Yesus tanpa berselindung memaklumkan para pendengar, “…hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri.” (Matius 24:36). Pernyataan Dia cukup jelas. Kiamat bakal berlaku, dan Dia akan kembali setelah genap tempoh yang ditetapkan – hanya Dia yang tahu tarikhnya.
Begitupun, kita tidak dibiarkan tertekan mengenai kehampiran kiamat. Yesus mengisytihar bahawa, “Kamu akan mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang. Namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah; sebab semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya. Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan. Akan ada kelaparan dan gempa bumi di berbagai tempat. Akan tetapi semuanya itu barulah permulaan penderitaan menjelang zaman baru.” (Matius 24:6-8). Bencana alam dan petaka buatan manusia akan meningkat menjelang ketibaan Kristus. Tetapi Dia tidak akan datang sehinggalah Injil telah “diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya.” (Matius 24:14). Umpama semboyan api yang nyaring, tajuk utama akhbar harian memperingatkan keruntuhan dunia kepada kita. Ramai memperkatakan kebinasaan yang sudah dekat. Namun atas kebesaran belas kasihan-Nya, Tuhan menunda ekoran enggan kehilangan walau seorang daripada anak-anak-Nya. Malah kini, penyebaran injil sedang diperhebat ke seluruh pelosok bumi, mempersiapkan orang menyambut ketibaan-Nya.
Namun persoalan masih kekal, jika kita tidak tahu tentang waktu kepulangan Kristus, maka apakah yang kita sepatutnya tahu? Kebimbangan ini sudah ditangani Yesus hampir 2,000 tahun dahulu. Di saat keberangkatan terakhir, para pengikut tergamam bila melihat Yesus terangkat ke langit lalu menghilang di balik awan. Namun, dua perutusan syurga berdekatan telah mengirim janji bernilai buat mereka yang dirundung duka. “Hai orang-orang Galilea,” kata mereka, “mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga” (Kis. 1:11)
Perhatikan bahawa janji ini langsung sejajar dengan pernyataan kepulangan Kristus sebelum ini. Dia menolak keras sebarang tanggapan kerahsiaan. Amaran diberi kepada para pengikut: “Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau Mesias ada di sana, jangan kamu percaya. Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda yang dahsyat dan mujizat-mujizat, sehingga sekiranya mungkin, mereka menyesatkan orang-orang pilihan juga… Jadi, apabila orang berkata kepadamu: Lihat, Ia ada di padang gurun, janganlah kamu pergi ke situ; atau: Lihat, Ia ada di dalam bilik, janganlah kamu percaya. Sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelak kedatangan Anak Manusia.” (Matius 24:23-27)
Jauh berbanding suatu gerakan rahsia, Kedatangan Kedua Kristus bakal menjadi peristiwa yang tidak terelak. “…pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga…” (1 Tes 4:16). “Lihatlah, Ia datang dengan awan-awan dan setiap mata akan melihat Dia” (Wahyu 1:7). Setiap mata akan terpaku pada keriuhan kemuncak ini – tidak perlu ber”tweeter” ataupun laporan tergempar CNN. Perincian kepulangan Kristus ini penting kerana 2 Tes. 2:9 menunjuk Setan sendiri, makhluk cahaya yang menawan, akan cuba memperdaya dunia dengan suatu kedatangan kedua yang palsu. Anda boleh baca lebih lanjut tentang tajuk ini dalam buku berjudul “Dari Kini Hingga Selamanya (The Great Controversy)” di: www.glowonline.org.
Namun, apakah ertinya bagi anda? Lagipun, apakah guna segala fakta, jika anda tidak sedia menghadapi saat itu? Bagi memahami erti persediaan, anda terlebih dahulu perlu sedar bahawa Kedatangan Kedua adalah satu berita baik! Kiamat tidak perlu digeruni jika anda berada di pihak Kristus. Wahyu 6:14-17 menerangkan bahawa kebanyakan orang akan melarikan diri ketakutan, dan dimusnahkan pada saat kepulangan Kristus kali kedua. Ini kerana mereka bencikan kebenaran tentang keadaan mereka yang berdosa, dan lebih menikmati belaian penipuan tidak berasas dalam Alkitab yang mengatakan mereka kononnya akan selamat dalam dosa. Tuhan mengisytihar, “Apakah Aku berkenan kepada kematian orang fasik?… Aku tidak

berkenan kepada kematian seseorang… demikianlah firman Tuhan. Oleh sebab itu, bertobatlah, supaya kamu hidup!” (Yeh 18:23, 32). Bila dunia ini kiamat dan golongan fasik dimusnah, Tuhan sebenarnya memenuhi kemahuan mereka. Amsal 8:36 mengungkap dalam cara ini, “…siapa tidak mendapatkan aku, merugikan dirinya; semua orang yang membenci aku, mencintai maut.”
Demi mempersiapkan diri menghadapi kiamat serta kepulangan Kristus, kita harus faham keadaan diri sebenar terlebih dahulu. Alkitab mengajar bahawa akar segala dosa adalah sifat pentingkan diri. Kebanyakan orang merasa diri mereka baik, namun penelitian jujur mengikut Firman Tuhan mendedahkan sebaliknya. Bahkan perbuatan baik kita juga mungkin dibuat atas dasar kepentingan diri. Apa yang perlu terlebih dahulu ialah, pertama: pengampunan Kristus, dan kedua: hati baru yang memiliki kasih yang tidak mementingkan diri. Pengampunan ini hanya dapat diperoleh dengan memohon pada Yesus melalui doa. Sebuah hati dan roh yang baru akan diberi jika kita mencari Tuhan melalui Firman-Nya (1 Pet. 1:23)
Kristus amat mengharapkan kita semua boleh turut serta dalam kerajaan-Nya kelak (2 Pet. 3:9). Malah, Alkitab mengajar bahawa pada saat kepulangan-Nya nanti,
semua sahabat kita dan insan tersayang yang sudah mati dalam Yesus akan dibangkit untuk beroleh kehidupan kekal! “…maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga…
dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan
menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan. Karena itu hiburkanlah seorang akan yang lain dengan perkataan-perkataan ini.” (1 Tes. 4:16-18)
Kalendar kiraan panjang kaum Maya – bersama kiraan jitu posisi bintang merentangi lebih
dari 5000 tahun – adalah satu pencapaian manusia yang luarbiasa. Walau begitu, Alkitab juga memberitahu bahawa Tuhan yang menetapkan laluan jujukan planet dan bintang,
Justeru, pergerakan mereka ditentukan Tuhan – bukan sebaliknya. Jika kita selamat dalam Yesus, kita tidak perlu risau tentang apa yang akan
berlaku terhadap kita pada 21 Disember, 2012 – atau pada mana-mana hari lain.

2012_Malay-260x390